Call Of Duty: Black Ops 4 Dilaporkan Akan Dilancarkan Pada Hujung Tahun Ini

Call of Duty dikatakan akan kembali kepada subseriesnya yang popular iaitu Black Ops untuk kali keempat seperti dilaporkan Eurogamer.

Media Eropah itu melaporkan anak syarikat Activision, Treyarch sedang membangunkan Call of Duty: Black Ops 4 bagi keluaran hujung tahun ini. Ia bukanlah satu kejutan bagi Treyarch kerana studio ini sudah menghasilkan Black Ops sejak dulu.

Dikatakan Treyarch akan menyertakan elemen sains fiksyen dan futuristik untuk judul keempat ini dalam usaha memberikan pengalaman yang baru kepada peminat siri ini (peminat CoD mendambakan pertarungan di angkasa dengan sifar graviti namun Activision memilih tema Perang Dunia ke-2 bagi CoD World War II.

Ia akan dilancarkan di PlayStation 4, Windows PC dan Xbox One pada November ini (jangkaan saja memandangkan ini bulan kebiasaan judul CoD baru dilancarkan) manakala kesediaan untuk Switch masih belum disahkan.

Sumber: Polygon

 

 

 

RELATED NEWS

+