Call of Duty: Black Ops III Tambah Mod Multiplayer Baru, Peta Bersalji

Call of Duty: Blacks Ops III masih menerima update baru. Eh betul ke apa korang baca ni?

Ya, sejak dikeluarkan pada tahun 2015 di bawah Treyarch, COD BO3 menambah kandungan baru seperti mod Zombi tapi kali ini ia lebih berbeza.

Walaupun Call of Duty Black Ops IV dilaporkan akan keluar tak lama lagi pada tahun ini, Treyarch terus update Black Ops III dan ia memfokuskan kepada multiplayer.

 

Ini adalah senarai penuh apa yang ada dalam update tersebut:

MULTIPLAYER

Infected (Mod New Game)

Pada permulaan perlawanan, seorang pemain dipilih sebagai infected yang ditugaskan untuk menjangkiti pemain lain. Apabila mati, pemain akan respawn sebagai infected dan perlahan-lahan menambah bilangan infected dalam kalangan mereka. Infect kesemua pemain ataupun selamatkan diri sehingga masa tamat untuk menang.

Redwood Snow  (Peta Baru)

Jelajahi landskap bersalji Redwood Snow untuk menyelami pengalaman berada di kawasan sejuk yang belum pernah dialami sebelum ini.

Mod multiplayer ini pastinya menambat hati pemain untuk terus aktif dalam permainan video ini tapi persoalannya kenapa game ini masih mendapat update?

Pertama, Black Ops III masih terjual dengan baik walaupun Infinite Warfare dan WWII dah berada dalam pasaran dan sebenarnya masih terdapat peminat yang sukakan mod multiplayer Black Ops III.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+