Call of Duty Mobile cecah 500 juta muat turun!

Call of Duty Mobile (CODM) kini mencatatkan sebanyak 500 juta muat turun di seluruh dunia sejak pelancarannya pada Oktober 2019.

Bagi menyambut kejayaan ini, semua permain akan mendapat karakter unik seperti Outrider dan Special Ops. Tidak lupa juga Assault Rifle AK47. Semua ganjaran ini akan diterima oleh pemain di dalam Radio Current Crate yang akan dihantar ke peti surat dalam game secara percuma.

Pembangun Call of Duty Mobile berasa teruja untuk meneruskan lagi perjuangan bersama-sama pemain malah memberi jaminan bahawa kandungan baru untuk game ini akan sentiasa dinaik taraf dan menjadi lebih baik untuk kepuasan semua pihak.

Banyak lagi kemas kini akan datang pada bulan ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh mengikuti Facebook, Instagram dan Youtube untuk berita terbaru mengenai Call of Duty Mobile.

RELATED NEWS

+