Call Of Duty Mobile Mencapai 150 Juta Muat Turun

Siri permainan Call of Duty terkenal dengan kejayaannya di konsol dan PC tetapi ia juga berjaya memikat golongan pemain peranti mudah alih (mobile).

Activision Blizzard, syarikat penerbit Call of Duty, mendedahkan bahawa Call of Duty Mobile (CODM) sudah dimuat turun lebih daripada 150 juta kali di seluruh dunia.

Maklumat ini diumumkan dalam panggilan persidangan terbaru syarikat tersebut bersama pihak pelabur.

Setakat 31 Disember 2019, Activision memperolehi AS$633 (RM2.6 billion) juta daripada pendapatan mudah alih dan sampingan (mobile and ancillary revenue).

Pendapatan tersebut merupakan 32% daripada keseluruhan pendapatan bersih syarikat tersebut untuk suku keempat 2019.

Perkara ini tidak sepatutnya mengejutkan mana-mana pihak, lagi-lagi para peminat CODM di Malaysia. Permainan tersebut mempunyai fanbase yang agak besar di negara ini.

Sumber: VentureBeat

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+