Cip Pemproses Xbox Series X Dibuat Di Malaysia

Malaysia sebenarnya terkenal sebagai pengeluar cip pemproses untuk jenama besar seperti Intel dan AMD. Oleh itu, penulis tidak terkejut apabila mendapat tahu bahawa cip pemproses konsol Xbox Series X juga dibuat di Malaysia.

Berdasarkan gambar cip pemproses Xbox Series X yang dimuat naik oleh Austin Evans (YouTuber teknologi) baru-baru ini, kita dapat lihat dengan jelas tulisan “MADE IN MALAYSIA”.

Pemproses tersebut dikeluarkan oleh AMD dan modelnya ialah AMD Zen 2 yang mempunyai lapan teras dan beroperasi pada kadar 3.8GHz. Nampaknya cip tersebut dihasilkan di Taiwan lalu dihantar ke kilang TF AMD di Malaysia yang terletak di Pulau Pinang untuk disiapkan.

Bagi mereka yang mempunyai pengetahuan tentang teknologi komputer, fakta ini semestinya tidak begitu mengejutkan. Malaysia sememangnya memainkan peranan yang penting dalam industri pembuatan cip pemproses.

Apa yang menarik di sini ialah Malaysia sendiri tidak mendapat sokongan daripada Microsoft untuk mewujudkan pasaran Xbox yang sihat. Konsol pilihan warganegara Malaysia tetap PlayStation.

Sumber: Austin Evans

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+