Grand Theft Auto V diberikan secara percuma."> Grand Theft Auto V diberikan secara percuma." /> Grand Theft Auto V diberikan secara percuma." />

Civilization VI ialah permainan percuma kedua Epic Mega Sale

Sempena jualan Epic Mega Sale, platform permainan PC Epic Games Store memberikan permainan percuma pada setiap hari Khamis sepanjang jualan tersebut. Pada minggu pertama, Grand Theft Auto V diberikan secara percuma.

Judul percuma kedua kini telah diumumkan dan ia adalah Sid Meier’s Civilization VI, sebuah permainan 4X (Explore, Expand, Exploit, Exterminate). Tawaran percuma ini akan berakhir pada hari Khamis minggu depan apabila judul percuma ketiga didedahkan.

Jika anda meminati permainan strategi berskala besar, ini mungkin sebuah judul yang sangat sesuai untuk anda. Pastikan anda tidak terlepas tawaran percuma dan juga tawaran-tawaran hebat lain di Epic Mega Sale yang akan berakhir pada 11 Jun 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+