COD Mobile: Peta Baru, Cage Memasukkan Bangunan Tencent Yang Sebenar

Call of Duty: Mobile nampaknya akan mendapatkan peta baru, mengikut info tertiris baru-baru ini. Peta dinamakan Cage itu sudah tersedia di versi beta dan tipster, CODMobileLeaks menunjukkan peta baru itu dalam satu video gameplay.

Bagaimanapun, ketika penulis cuba mengakses Twitter beliau, akaunnya sudah dipadamkan.

Mengikut info itu, peta ini lebih kecil dari Nuketown dan dibahagikan kepada dua laluan utama. Pasukan bermula di bahagian berlawanan peta dan pasukan dengan mata bunuh tertinggi akan menang.

Cage ini juga memaparkan bangunan asal Tencent Headquarters yang terletak di Shenzhen, China.

Mungkin peta baru ini akan dilancarkan bagi musim baru COD Mobile yang juga menambahkan dua karakter baru. FTL 1 dan Phantom.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+