COD: RamPaGe Gaming Rekrut Ahli Baru, Jericho Dari Filipina

Dalam usaha mempersiapkan diri menghadapi beberapa kejohanan akan datang, skuad Call of Duty terkemuka tanah air, RamPaGe Gaming merekrut pemain Filipina buat pertama kalinya.

Jericho Ambulo adalah pemain berbakat dan berpotensi dari Filipina. Beliau sebelum ini pernah bermain untuk skuad NoVa Esports Club (Singapura). 

Sebelum ini beliau merupakan stand-in untuk kelayakan ke COD Asia Championship 2019 dan COD APAC 1K Series.

Semoga dengan kemasukan Jericho ke dalam pasukan ini akan menguatkan lagi semangat mereka untuk menjadi yang terbaik. Tahniah dan semoga berjaya!

Baca lanjut: RamPaGe Gaming layak ke COD Asia Championship 2019

RELATED NEWS

+