Command & Conquer: Rivals Daripada EA Adalah Permainan Seperti Clash Royale

Dalam persidangan EA Play sebentar tadi, mereka mengumumkan entri baru dalam siri Command & Conquer iaitu Command & Conquer: Rivals yang boleh dimainkan di peranti pintar dan memfokuskan elemen PvP.

Permainan itu memperkenalkan dua kuasa besar dan gameplay RTS yang mana korang perlu seimbangkan penggunaan resource dan perletakkan unit (barisan askar). Ia dimainkan menggunakan sokongan Internet bersama rakan ataupun pemain lain. EA juga mengatakan Rivals akan memperkenalkan sistem ganjaran berperingkat dan unit yang boleh digunakan seperti Clash Royale.

Terdapat transaksi mikro tapi EA mengatakan ia bukan pay 2 win dan boleh didapatkan dengan percuma juga dalam permainan. Kali terakhir dalam siri C&C adalah Command & Conquer: Tiberium Alliances. 

RELATED NEWS

+