Coverage: The Major League Celcom, Kejohanan E-sukan Di Selatan Tanah Air!

Berpeluang diterbangkan ke Johor Bahru untuk menyaksikan kejohanan e-sukan di sana, penulis akui situasi kini berubah.

Dianjurkan oleh Livescape dan Beatnation, kejohanan The Major League by Celcom itu disertai oleh 8 pasukan Dota 2 bertaraf dunia dan satu wakil dari Malaysia yang juga pasukan Johor sendiri bagi merebut hadiah wang tunai terkumpul RM300,000.

Selama tiga hari penganjurannya, penulis tiba lebih awal ke Academy of Esports (AOES) pada hari Jumaat bagi sesi temu ramah bersama pasukan sebelum mereka bersiap sedia ke kejohanan utama pada Sabtu.

TEAM Fnatic. FOTO: TML

Kelihatan juga setiap pasukan gigih mempersiapkan diri dengan berlatih bersama ahli sepasukan. Namun, lebih menarik, mereka selesa menghilangkan tekanan dengan bermain Player’s Unknown Battleground (PUBG). Siapa kata professional players perlu jadi so serius kan?

Menyambung lebih lanjut, penulis turut diperkenalkan dengan pasukan Fnatic dengan roster baru mereka. Kelihatan Pieliedie, Excalibur dan Eternal Envy sangat selesa antara satu sama lain. Mungkin mereka sudah capai keserasian sebagai satu pasukan. Hairannya, DJ tidak hadir kerana berdepan isu Visa dan digantikan dengan Net sebagai stand in untuk kejohanan itu.

TEAM EHOME. FOTO: TML

Selain itu, line up baru WG Unity turut memberi kejutan kepada penulis dan rakan media yang hadir. Mana tidaknya, mereka terdiri daripada wajah baru seperti Feero (kapten) yang sebelum ini bermain untuk pasukan B)ears bersama Adam ‘343’ Shah (Fire Dragoon). Line up penuh mereka ialah Velo, Feero, XNova (welcome back!), Meracle (ex-Fnatic) dan AfrOmoush, pendatang baru dalam dunia eSports.

Penulis juga turut bertemu dengan pasukan lain seperti E-Home, Team Highground, Execration, Evos, IG.Vitality dan E-Home yang sudah bersiap sedia untuk menghadapi kejohanan itu.

Selama tiga hari pertandingan boleh dikatakan acara itu begitu sengit dan kehadiran orang ramai memeriahkan lagi kompleks sukan Educity.

Selepas berhempas pulas menentang pasukan lain, akhirnya Execration muncul juara dan ini satu-satunya kejayaan penting buat pasukan itu selepas penukaran roster sejurus tamat The International 2017.

RELATED NEWS

+