Crash Bandicoot 4: It’s About Time akan didedahkan pada malam ini

Tiga tahun lepas, Activision melancarkan Crash Bandicoot N. Sane Trilogy yang merupakan koleksi remake tiga judul pertama dalam siri permainan Crash Bandicoot. Kini sebuah sekuel sebenar kepada trilogi tersebut telah diumumkan.

Activision telah mengumumkan bahawa pendedahan rasmi Crash Bandicoot 4: It’s About Time akan diadakan pada 22 Jun 11PM waktu Malaysia.

Pengumuman ini dibuat melalui akaun rasmi Twitter Crash Bandicoot dan nampaknya mereka mengetahui tentang maklumat yang tertiris mengenai judul tersebut.

Activision menjanjikan bahawa pendedahan rasmi ini akan menunjukkan butiran-butiran yang lebih menarik berbanding maklumat yang tertiris.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+