Crash Bandicoot N.Sane Trilogy Tak Lagi Eksklusif – Hadir Ke Platform Lain Pada 10 Julai

Mula-mula eksklusif tapi kali ni tak pula? Pengguna Xbox One, PC dan Switch, ini lah peluang korang untuk main Crash Bandicoot N.Sane Trilogy!

Sebelum ini sebagai judul eksklusif di PlayStation 4, versi remaster Crash Bandicoot, Crash Bandicoot 2: Cortex Strikes Back dan Crash Bandicoot: Warped akan datang ke ketiga-tiga platform itu pada 10 Julai.

Game ini developed oleh Vicarious Visions dan diterbitkan oleh Activision. 

Selain mendapat peningkatan dari segi grafik, ia juga memperkenalkan beberapa ciri baru seperti save automatik dan macam-macam lagi.

 

RELATED NEWS

+