Crysis Remastered akan dilancarkan pada 23 Julai tahun ini

Pada pertengahan bulan April tahun ini, Crytek mengumumkan Crysis Remastered. Pada waktu tersebut mereka tidak mendedahkan tarikh pelancaran judul tersebut tetapi nampaknya maklumat tersebut telah tertiris.

Crysis Remastered telah disenaraikan di Microsoft Store dan tarikh pelancarannya telah dinyatakan di laman web tersebut. Ia akan dilancarkan di PC dan Xbox One pada 23 Julai tahun ini.

Sebuah trailer permainan Crysis Remastered dijadualkan untuk ditayangkan di YouTube pada 2 Julai 12 tengah malam waktu Malaysia. Kemungkinan Crytek merancang untuk mendedahkan tarikh pelancaran ini dalam trailer tersebut tetapi Microsoft Store telah membuat kesilapan.

Crysis Remastered disahkan akan tiba di konsol PlayStation 4 dan Nintendo Switch juga. Penulis merasakan kedua-dua versi tersebut juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+