CSGO: Tyloo.fe Layak Ke WESG World Finals, Tahun Depan

Pemain Counter Strike: Global Offensive (CSGO) negara, Ramona Azween layak ke Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) World Finals bersama pasukannya, Tyloo.fe dari China selepas menang 2-0 ke atas Team Sway di pusingan Grand Final kelayakan China sebentar tadi.

Selain Ramona, Tyloo.fe dianggotai oleh pemain Hong Kong, Hazel dan yang lain daripada China.

Dalam kelayakan yang mengumpulkan empat pasukan China itu, hadiah utama ialah slot ke Final Dunia manakala tempat kedua masih berpeluang berentap di rantau Asia Pasifik yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur pada 2 hingga 5 Januari ini.

Tulisnya di Facebook, dia berterima kasih kepada semua orang (penyokong dan keluarga) di Malaysia dan China yang memberi sokongan tanpa henti dan percaya dengan kebolehannya.

Dia juga berterima kasih kepada Tyloo yang membantu perjalanan kariernya dalam CS:GO.

WESG World Finals Female mengumpulkan hadiah wang tunai keseluruhan AS$100,000 dan lapan pasukan CS:GO wanita terbaik dunia.

Segala info lanjut boleh didapat di https://liquipedia.net/counterstrike/World_Electronic_Sports_Games/2019/Female

(Foto: Ramona Azween).

RELATED NEWS

+