Cyberpunk 2077 ditangguh sekali lagi, akan dilancarkan pada 19 November ini

CD Projekt Red mengongsikan berita sedih pada hari ini apabila mereka mengumumkan bahawa pelancaran Cyberpunk 2077 terpaksa ditangguh sekali lagi.

Sebelum ini, Cyberpunk 2077 dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 September ini di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Tarikh pelancaran tersebut telah dipindahkan ke 19 November ini.

Menurut kenyataan daripada Marcin Iwinski (Pengasas Bersama CD Projekt Red) dan Adam Badowski (Ketua Studio CD Projekt Red), mereka menangguhkan pelancaran judul ini untuk memastikan setiap kandungan dalam Cyberpunk 2077 akan berfungsi dengan baik.

Mereka menyatakan judul tersebut telah disiapkan sepenuhnya dan pada waktu ini, pasukan pembangun sedang fokus terhadap menghapuskan apa-apa masalah seperti keseimbangan permainan dan pepijat.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+