Cyberpunk 2077: versi PS5 & XSX tiba pada separuh kedua 2021

Sebulan telah berlalu sejak pelancaran Cyberpunk 2077 dan permainan tersebut telah menghadapi pelbagai kontroversi. Baru-baru ini CD Projekt Red (CDPR) mengeluarkan video untuk meminta maaf kepada para peminat yang kurang berpuas hati.

Marcin Iwiński, salah seorang pengasas bersama CDPR, menampilkan dirinya untuk memberi ucapan dalam video ini. Selain daripada meminta maaf terhadap pembeli Cyberpunk 2077 versi konsol, beliau juga menerangkan hala tuju permainan tersebut untuk tahun ini.

Kemas kini permainan tersebut untuk PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series dijadualkan untuk dilancarkan pada separuh kedua tahun ini. Pemilik versi PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One akan menerima kemas kini ini secara percuma.

Gambar rajah yang dikongsi oleh CDPR juga menunjukkan bahawa kandungan tambahan (DLC) percuma akan dilancarkan selepas patch 1.2. CDPR merancang untuk melancarkan patch 1.2 pada bulan Februari tahun ini.

Pada waktu ini, Cyberpunk 2077 masih belum kembali dijual di PlayStation Store. Marcin menyatakan pasukannya sedang bekerjasama dengan Sony dan berusaha memperbaiki Cyberpunk 2077 agar ia dapat dimasukkan semula ke platform digital tersebut.

Sumber: CD Projekt Red

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+