Dapatkan Alan Wake’s American Nightmare & Observer Secara Percuma Di Epic Games Store

Epic Games kembali lagi dengan game percuma iaitu tradisi mereka untuk memberikan game percuma pada setiap 2 minggu. Sempena Halloween yang akan sampai tidak lama lagi, dua game seram bakal menghantui korang.

Untuk dapatkan game percuma ini, korang perlu daftar akaun Epic Games Store. Jom kita lihat game apa yang percuma:

Observer 

Game psikologi seram dibangunkan oleh Bloober Team ini mengisahkan Dan Lazarski, seorang detektif Observer yang tergolong dalam unit polis bertujuan untuk godam dan mengambil data privasi seseorang. Pada tahun 2084, segala perasaan, memori dan buah fikiran akan digunakan terhadap korang dalam makhamah. Dapatkan Observer secara percuma di sini.

Alan Wake’s American Nightmare 

Kepada mereka yang baru sahaja selesai main Control atau dah pernah main Alan Wake asal, game ini adalah satu olahan baru berdasarkan dunia Alan Wake. American Nightmare mengikuti perjalanan Alan dalam sebuah episod rancangan TV fiksyen, Night Springs bagi mengalahkan seorang pelanduk dua serupa bernama Mr. Scratch. Dapatkan Alan Wake’s American Nightmare secara percuma di sini.

Tebus kedua-dua game ini secara percuma bermula sekarang sehingga 24 Oktober 2019 melalui Epic Games Store (PC).

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+