Dapatkan kupon $10 di EGS dengan memuat turun Rocket League secara percuma

Rocket League versi percuma kini telah dilancarkan secara rasmi di PC, PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One. Untuk pemain PC, ia boleh dimuat turun melalui platform Epic Games Store.

Jika anda memasukkan Rocket League ke dalam koleksi permainan Epic Games Store, anda akan menerima kupon bernilai AS$10. Promosi ini akan berakhir pada 23 Oktober ini. Tarikh luput kupon tersebut ialah 1 November ini.

Penulis ingin menjelaskan bahawa anda tidak perlu muat turun permainan tersebut untuk mendapatkan kupon. Anda hanya perlu memasukannya ke dalam koleksi permainan di aplikasi Epic Games Store.

Rocket League merupakan sebuah permainan yang menggabungkan kereta lumba dengan bola sepak. Ia sangat menyeronokkan dan boleh dimain secara multi-pemain. Pastikan anda mencubanya jika belum pernah.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+