Darkest Dungeon II akan dilancarkan di EGS pada tahun 2021

Red Hook Studios telah mengumumkan sekuel kepada permainan popular mereka Darkest Dungeon yang bertajuk Darkest Dungeon II dan ia akan dilancarkan dalam versi early access di Epic Games Store pada tahun depan.

Ini tidak bermakna ia akan kekal di platform tersebut selama-lamanya. Apabila fasa early access telah tamat dan versi 1.0 dilancarkan, ia akan tiba di platform-platfrom PC lain seperti Steam. Versi konsol pula masih belum disahkan, menurut pihak pembangun.

Darkest Dungeon yang pertama mengambil masa lebih kurang setahun untuk menamatkan tempoh early access. Oleh itu, penulis yakin Darkest Dungeon II hanya akan tiba di Steam pada tahun 2022. Namun, itu hanyalah anggaran penulis.

Satu perbezaan besar Darkest Dungeon II berbanding permainan pertama ialah ia akan menggunakan grafik 3D. Pada waktu yang sama, rekaan grafik berdasarkan lukisan tangan tetap akan dikekalkan.

Sebilangan watak-watak dari permainan pertama juga akan kembali dalam sekuel ini bersama watak-watak baharu. Sistem permainan turn-based yang ditonjolkan dalam permainan pertama akan kembali dengan beberapa penambahbaikkan serta perubahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Darkest Dungeon II, anda boleh merujuk laman FAQ permainan tersebut di Steam.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+