Daus Jamil (Rynn) kini pemain ketujuh Al Ikhlas Bosskurr

Bekas pemain pasukan Team SMG, Daus Jamil (Rynn) kini bersama Team Bosskurr.

Dalam satu pengumuman sama, skuad Team Bosskurr mengumumkan penukaran nama kepada Al Ikhlas Bosskurr. Sebelum ini juga peminat tertanya-tanya kelibat Rynn di sesi penggambaran (Hari Media) MPL MY S7 bagi Al Ikhlas Bosskurr. Nyata, hari ini mereka mengumumkan Rynn adalah pemain ketujuh pasukan tersebut.

Mereka juga mengumumkan penganalisis baharu iaitu Kay.

Rynn sebelum ini dikenali dengan kemahirannya bermain hero-hero jungler (hyper carry) seperti Lancelot. 

Setakat ini, Rynn pernah memenangi MPL Malaysia Singapura sekali iaitu pada musim kedua bersama skuad Saiyan Reborn.

Penambahan Rynn ke dalam pasukan pastinya mengukuhkan lagi keupayaan skuad ini membuat play di MPL Malaysia musim ketujuh bermula 11 Mac ini.

RELATED NEWS

+