Steam pada 18 Julai ini. Studio tersebut diketuai oleh Kazutaka Kodaka, penulis asal francais Danganronpa."> Steam pada 18 Julai ini. Studio tersebut diketuai oleh Kazutaka Kodaka, penulis asal francais Danganronpa." /> Steam pada 18 Julai ini. Studio tersebut diketuai oleh Kazutaka Kodaka, penulis asal francais Danganronpa." />

Death Come True tiba di PC pada 18 Julai

Permainan video pertama daripada studio Too Kyo Games iaitu Death Come True akan dilancarkan di PC melalui Steam pada 18 Julai ini. Studio tersebut diketuai oleh Kazutaka Kodaka, penulis asal francais Danganronpa.

Death Come True merupakan sebuah permainan video filem interaktif dan jalan ceritannya ditulis oleh Kazutaka. Pemain akan bermain sebagai seorang lelaki yang terbangun dalam sebuah bilik hotel selepas kehilangan ingatan.

Watak utama tersebut juga menemui seorang perempuan yang tangannya diikat dan selepas menonton rancangan berita di televisyen, dia sedar dirinya dituduh sebagai seorang pembunuh bersiri. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku?

Judul ini sudah dilancarkan di Nintendo Switch, iOS, dan Android pada 25 Jun baru-baru ini. Sebuah versi PlayStation 4 (PS4) juga diumumkan tetapi belum diberikan tarikh pelancaran.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+