Livedoor News, Hideo Kojima telah mendedahkan bahawa karyanya Death Stranding merupakan sebuah kejayaan dari segi komersial."> Livedoor News, Hideo Kojima telah mendedahkan bahawa karyanya Death Stranding merupakan sebuah kejayaan dari segi komersial." /> Livedoor News, Hideo Kojima telah mendedahkan bahawa karyanya Death Stranding merupakan sebuah kejayaan dari segi komersial." />

Death Stranding mengaut untung dan mengumpul semula bajet pembangunan, kata Kojima

Dalam sebuah temubual bersama Livedoor News, Hideo Kojima telah mendedahkan bahawa karyanya Death Stranding merupakan sebuah kejayaan dari segi komersial.

Kojima menyatakan bahawa jualan Death Stranding berjaya mengaut untung dan juga telah mengumpul semula kos pembangunan judul tersebut. Satu lagi perkara menarik yang disebut Kojima ialah keuntungan tersebut akan digunakan untuk menyediakan projek seterusnya.

Walaubagaimanapun, beliau tidak menerangkan apakah “projek” tersebut. Pada waktu ini, Kojima Productions sedang merancang beberapa perkara di sebalik tabir tetapi belum bersedia mendedahkan apa-apa.

Death Stranding sudah pun mengaut untung yang secukupnya dan versi PC belum lagi dilancarkan. Ini meletakkan Kojima dalam keadaan yang selesa dari segi kejayaan judul tersebut.

Dalam temubual yang sama, Kojima menafikan studionya akan mendapatkan hak milik Metal Gear Solid dan Silent P.T. Satu berita yang agak mengecewakan bagi peminat kedua-dua permainan tersebut.

Sumber: Gematsu

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+