Death Stranding Tiba Di PC Pada 2020, Bukan Lagi Eksklusif Di PlayStation

Kojima Productions mengumumkan Death Stranding akhirnya bakal tiba di PC pada musim panas tahun 2020.

Ini sejajar dengan satu ura-ura kami laporkan pada beberapa bulan lepas yang mengatakan Death Stranding bukan lagi sebuah game eksklusif untuk konsol PlayStation sahaja. 

Dalam satu kenyataan yang kini telah dipadam, Sony Interactive Entertainment (SIE) menerangkan Death Stranding dirancang untuk dilancarkan untuk PS4 terlebih dahulu sebelum menuju ke PC.

Death Stranding akan diterbitkan secara rasmi oleh 505 Games, syarikat yang sama menerbitkan Control dibangunkan oleh Remedy Entertainment dan Re:Legend, game RPG ciptaan anak Malaysia dibangunkan oleh Magnus Games Studio.

Baca lagi: Edisi Terhad PlayStation 4 Pro 1TB Death Stranding Sah Tiba Di Malaysia

Pengguna PC bolehlah menghela nafas lega dan bersiap sedia untuk menikmati Death Stranding di PC yang bakal tiba tidak lama lagi.

Buat masa sekarang, Death Stranding akan dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada 8 November 2019.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+