Death Stranding Untuk PC Akan Tiba Pada Jun 2020

Jarang sekali kita berpeluang untuk main permainan video sebagai seorang pengirim barang. Itulah konsep disebalik Death Stranding, karya terbaru daripada ikon industri permainan video Hideo Kojima.

Tarikh pelancaran untuk versi PC Death Stranding akhirnya telah diumumkan oleh penerbitnya 505 Games. Ia akan dilancarkan di Epic Games Store dan Steam pada 3 Jun 2020. Cetakan fizikal juga akan dilancarkan pada tarikh yang sama.

Dari segi pengisian, versi PC tidak jauh beza berbanding dengan versi PlayStation 4 (PS4). Pada waktu yang sama, terdapat juga beberapa ciri-ciri baru yang diperkenalkan hanya untuk versi PC seperti:

  • Frame rate tinggi
  • Photo Mode
  • Sokongan untuk paparan beresolusi ultrawide

Selain daripada penambahan-penambahan di atas, versi PC juga akan mempunyai aksesori dan barangan baru hasil daripada kolaborasi bersama permainan video Half-Life yang dibangunkan oleh Valve.

Death Stranding boleh dipra-tempah (pre-order) sekarang di Steam dan Epic Games Store pada harga RM239.

Sumber: 505 Games

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+