Demo percuma Summer in Mara kini boleh dimain di PC

Summer in Mara merupakan sebuah permainan video pengembaraan dan perladangan yang sedang dibangunkan oleh Chibig. Ia bakal dilancarkan di Nintendo Switch dan PC pada 16 Jun 2020.

Baru-baru ini, studio tersebut telah melancarkan sebuah demo percuma untuk pemain PC melalui Steam. Anda boleh muat turun demo ini secara percuma untuk mencuba bahagia prolog judul tersebut.

Dalam Summer in Mara, anda bermain sebagai seorang kanak-kanak perempuan bernama Koa. Anda perlu mengembara dan menanam pelbagai tumbuhan-tumbuhan mengikut arahan yang diberikan oleh nenek Koa iaitu Yaya Haku.

Chibig juga merancang untuk melancarkan Summer in Mara di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One selepas pelancaran versi PC dan Nintendo Switch.

Sumber: RPG Site

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+