Demo Terakhir Nioh 2 Kini Boleh Dimainkan

Nioh 2 ialah sebuah permainan video action RPG bertemakan samurai yang bakal dilancarkan pada 13 Mac 2020 untuk PlayStation 4 (PS4). Pada hujung minggu ini, anda boleh muat turun demo percuma untuk mencuba permainan video ini.

Bermula pada 28 Februari 2020, demo Last Chance Trial untuk Nioh 2 boleh dimuat turn secara percuma melalui PlayStation Store (PS Store). Jangan lepaskan peluang ini kerana demo ini hanya boleh dimainkan sehingga 1 Mac 2020.

Bagi mereka yang tidak pernah main Nioh yang pertama atau terlepas peluang mencuba beta terbuka Nioh 2, jangan risau. Demo ini juga mempunya sebuah tutorial yang akan mengajar anda cara permainan Nioh 2.

Sama seperti beta terbuka sebelum ini, anda boleh membuat samurai sendiri menggunakan menu perekaaan watak. Pemain boleh memilih jantina, rambut, dan pelbagai lagi ciri-ciri watak yang dimainkan.

Nioh yang pertama terkenal sebagai sebuah permainan video yang sangat susah dan Nioh 2 mewarisi aspek itu. Pemain akan bertarung dengan pelbagai jenis musuh termasuk manusia dan juga oni (hantu atau syaitan dalam mitos Jepun) yang mampu membunuh pemain dengan sangat mudah.

Terdapat pelbagai jenis senjata samurai yang boleh digunakan seperti katana, odachi (katana besar), lembing, kapak, dua katana (dual katanas), dua kapak kecil (dual hatchets), kusarigama, dan switchglaive.

Demo ini menawarkan beberapa mission dan setiap mission mempunya boss yang susah untuk ditewaskan. Bagi anda yang berminat untuk cuba demo ini, jangan bersedih bila anda mati banyak kali. Itu perkara biasa dalam Nioh.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+