Detroit: Become Human Memperkenalkan Watak Pengasas Android, Elijah Kamski

Detroit: Become Human akan hadir ke PlayStation 4 pada minggu ini dan hype tentangnya dah boleh dirasa apabila ramai gamers mula bercakap mengenainya di media sosial. 

Dari iklan acah ini, nampaknya Quantic Dream akan melancarkan animasi pendek yang memaparkan karakter tertentu. Pertama sekali, mereka mengeluarkan trailer mengaitkan Connor, Kara dan Markus punya storylines.

Kemudian, kita diperkenalkan pula kepada Elijah Kamski, lelaki yang mengasas CyberLife, pencipta Androids. Ia bertindak sebagai prekuel dan korang boleh ikutinya untuk memahami apa yang terjadi dalam permainan.

Detroit: Become Human akan dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 pada Jumaat ini, 25 Mei 2018.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+