Development The Last of Us Part 2 Sebenarnya Diteruskan Sebaik Saja Keluaran Pertama Siap

The Last of Us Part 2 sebenarnya dah lama dalam proses development sejak yang pertama disiapkan tapi pada awalnya hanya beberapa kumpulan kakitangan sedang membangunkannya.

Lead Level Designer Naughty Dog, Emilia Schatz berkata dalam satu temubual, sekuel diteruskan sebaik saja permainan pertama disiapkan. Bagaimanapun, Uncharted 4 juga sedang dibangunkan ketika itu jadi mereka ditarik balik untuk menyiapkan Uncharted 4. Ini juga berulang untuk The Lost Legacy.

Bagaimanapun, ada berita baik dari Schatz mengatakan ada kemungkinan untuk menambah bilangan karakter boleh dimainkan dan tak terhad kepada Ellie (Joel mungkin kembali). Sementara itu, saksikan klip video di bawah.

Sumber: GearNuke

 

RELATED NEWS

+