Devil May Cry 5 Diumumkan, Protagonis Kembar, Nero Dan Dante Kini Kembali!

Kipas susah mati Devil May Cry, korang mesti dah jangka pengumuman ini betul? Nampaknya korang boleh lah menarik nafas lega sekarang kerana entri terbaru, Devil May Cry 5 akan hadir ke Xbox One pada tahun depan!

DMC 5 adalah direct sequel kepada DMC 4 dan akan menyaksikan kemunculan semula protagonis kembar Nero dan Dante. Nero, teraju utama dalam Devil May Cry 4 akan kembali sebagai karakter utama yang boleh dimainkan. Dalam DMC 5, Nero ditemani rakannya,Nico.

Tapi yang paling best, Game Director, Hideaki Itsuno kembali untuk mengarah DMC 5.

Apa yang berubah? Nero terutamanya tampil dengan gaya baru di mana Devil’s Bringer miliknya kini tiada dan beliau menggunakan lengan besi saja. Nero juga kelihatan lebih kemas, kacak bergaya dengan hairstyle lebih pendek.

Saksikan trailer terbaru di atas. Devil May Cry pertama dikeluarkan di PlayStation 2 pada 2001 dan paling terbaru ialah DMC 4 pada 2008. Sepuluh tahun berlalu, akhirnya Devil May Cry 5 diumumkan!

RELATED NEWS

+