Devil May Cry HD Collection Akan Tiba Di PS4, Xbox One dan PC – Capcom

Berita baik untuk kipas susah mati Devil May Cry semua!

Capcom semalam mengumumkan tiga permainan video Devil May Cry iaitu Devil May Cry, Devil May Cry 2 dan Devil May Cry 3: Dante’s Awakening versi remaster akan hadir di platform PC, PlayStation 4 dan Xbox One, Mac depan.

Ketiga-tiga game itu akan dikumpulkan dalam The Devil May Cry HD Collection. Capcom belum berkongsi apa-apa perubahan pada gameplay sebaliknya mengatakan ketiga-tiganya akan dimainkan dalam 60 FPS. 

Korang boleh lihat versi terbaru ini dalam screenshot di bawah. Capcom juga mengumumkan permainan video ini akan dilancarkan dalam bentuk digital dan fizikal dengan harga AS$30 (RM123)

Keluaran terbaru ini pastinya menjanjikan pengalaman yang baru kepada peminat memainkan kesemua judul klasik Devil May Cry di konsol generasi terkini.

 

RELATED NEWS

+