Blizzard hari ini mengejutkan peminat terutamanya mereka yang memiliki Nintendo Switch. Kenapa? Cuba korang perhatikan twit daripada Blizzard ini. Admin menjangkakan mereka akan portkan Diablo 3 ke Nintendo Switch tak lama lagi.
Sweet dreams. pic.twitter.com/tZvCnjjzWb
— Blizzard Entertainment (@Blizzard_Ent) February 28, 2018
Blizzard belum mengesahkan apa-apa tapi ura-ura ini cukup kuat kerana dalam video berdurasi pendek itu, ada orang membuka switch lampu yang berbentuk kepala Diablo. Ini mungkin metafora untuk konsol hibrid Switch.