Disney Mahukan Lebih Banyak Permainan Seperti Spider-Man Dan Star Wars Jedi: Fallen Order

Jenama Disney kini kembali menjadi popular dalam industri permainan video apabila permainan seperti Marvel’s Spider-Man dan Star Wars Jedi: Fallen Order terjual dengan laris dan diminati ramai.

Untuk pengetahuan pembaca, hak milik jenama Marvel dan Star Wars kedua-duanya dimiliki oleh Disney.

Di acara 2020 DICE Summit, Sean Shoptaw, Naib Presiden Kanan bahagian Permainan dan Pengalaman Interaktif Disney, memberikan sebuah ucapan yang didengari oleh pembangun permainan video dari seluruh dunia.

Beliau berkata, “Saya berada di sini hanya kerana satu sebab: untuk memberi kuasa kepada anda untuk melakukan perkara yang unik dengan katalog kami. Kami mahu meneroka kebolehan pihak kreatif dalam industri ini.”

Nampaknya kejayaan permainan seperti Marvel’s Spider-Man dan juga Star Wars Jedi: Fallen Order mengembalikan keyakinan Disney untuk melaburkan wang dan masa ke dalam industri permainan video.

Sebelum ini, Disney mengalami banyak kegagalan dalam menghasilkan permainan video melalui studio pembangunan yang dimiliki mereka sendiri.

Respons negatif terhadap permainan seperti Star Wars: Battlefront II dan banyak lagi permainan video di bawah jenama Marvel dan Star Wars juga menjadi satu masalah besar.

Crystal Dynamics and Eidos-Montréal tengah membangunkan salah satu permainan Marvel yang bakal dilancarkan pada 4 September 2020 iaitu Marvel’s Avengers. Adakah ia juga akan menjadi satu kejayaan?

Sumber: Hollywood Reporter

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+