Disorder, Satu Permainan NetEase Baru Pada 28 Februari – Mungkin Pesaing PUBG Mobile Dan Fortnite?

Tak lama lagi, korang boleh main permainan mudah alih tembak menembak yang baru dari NetEase Games, berjudul Disorder. Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia adalah negara yang dipilih untuk pelancaran permainan ini pada 28 Februari nanti.

Ia menampilkan 20 watak berbeza dengan gaya permainan tersendiri. Karakter ini mempunyai peranan tersendiri di medan pertarungan mengikut cita rasa pemain merancang strategi mereka selain mod-mod yang diperkenalkan dalam video di bawah:

Mengikut video, dalam satu perlawanan boleh memuatkan sehingga lima orang pemain. Ada karakter yang boleh menjadi penembak hendap (sniper) dan ada juga yang boleh membakar musuh menggunakan flamethrower. Permainan ini menggabungkan unsur futuristik, dystopia dan shooting untuk menjadikan ia lebih berlainan berbanding pesaing lain.

Buat sementara ini, mod ULF adalah objective-based, memerlukan anda dan rakan seperjuangan untuk menawan missile silo bagi pihak musuh. Base Battle dan Multi-base Battle pula adalah mod yang banyak melibatkan perlawanan jarak dekat.

Pra-daftar sekarang di https://www.playdisorder.com/en/

RELATED NEWS

+