DLC percuma Cyberpunk 2077 akan dikeluarkan pada awal 2021

CD Projekt Red (CDPR) telah mengumumkan bahawa DLC percuma untuk Cyberpunk 2077 akan mula dikeluarkan pada awal tahun 2021.

Ini bukan satu perkara baharu kerana mereka memang telah mendedahkan rancangan untuk melancarkan DLC percuma sebelum Cyberpunk 2077 dilancarkan. Sebelum ini, CPDR juga melancarkan DLC percuma untuk The Witcher 3: Wild Hunt.

Selain daripada DLC percuma, CDPR juga akan mengeluarkan beberapa patch besar untuk permainan ini pada bulan Januari 2021 dan Februari 2021. Patch terkini ialah hotfix 1.06.

Pada waktu ini, tiada maklumat mengenai DLC yang akan dilancarkan telah diumumkan. Pastikan anda mengikuti laman sosial Cyberpunk 2077 di Facebook dan Twitter untuk mendapatkan maklumat terkini.

Sumber: Laman web rasmi Cyberpunk 2077

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+