Domino’s Pizza Meraikan Kejayaan Atlet E-Sukan Negara Di Sukan SEA 2019

E-sukan pada pertama kalinya dianjurkan sebagai acara berpingat di Sukan SEA 2019 di Manila, Filipina. Malaysia berjaya membawa pulang satu pingat emas dan satu pingat pingat gangsa menerusi Hearthstone dan Mobile Legends: Bang Bang. 

Hari ini, Domino’s Pizza menganjurkan sebuah acara pemberian hadiah istimewa sebagai penghargaan kepada atlet e-sukan negara yang berjuang di Sukan SEA 2019.

Setiap atlet yang terlibat dalam semua acara e-sukan dianugerahkan pingat buatan Domino’s. Atlet yang memenangi pingat di Sukan SEA 2019 juga dianugerahkan sebuah trofi.

Atlet yang memerolehi trofi adalah Dr.Yew Weng Kean, pemenang pingat emas acara Hearthstone, dan setiap ahli pasukan MLBB Malaysia yang memenangi pingat gangsa iaitu Ahmad Ali Huzaifi Abdullah, Abdul Wandi Abdul Kadir, Jamil Nurolla, Izme Haqeem Hamsjid, dan Muhammad Hazeem Onn.

Domino’s juga menganjurkan sebuah perbincangan panel mengenai masa depan e-sukan tanah air yang disertai:

  • Andrew “Sir Cloud” Cheong, atlet e-sukan dan streamer tempatan.
  • Lim Keat Kuang, Pengasas Bersama GeekFam.
  • Muhammad Farouq “Flava” bin Abdul Patah, Pengarah Komunikasi Esports Malaysia (ESM).
  • Linda Hassan, Naib Presiden Kanan dan Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapore.
  • Thanesh Ganesan, Pengurus APU Esports Malaysia Academy.
  • Christopher Tock, Ketua Pegawai Eksekutif Captiv8.asia.

Shamsul Amree, Timbalan Presiden bahagian Operasi Domino’s Pizza Malaysia & Singapore menyatakan pihak Domino’s akan teruskan pelbagai usaha untuk memeriahkan lagi industri e-sukan tempatan.

Buat masa ini, mereka masih belum umum untuk menubuhkan pasukan e-sukan sendiri atau menaja mana-mana skuad e-sukan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+