Dontnod Entertainment, pembangun Life is Strange, membuka studio baharu di Kanada

Mungkin ramai penggemar permainan video tidak mengenali nama studio Dontnod Entertainment tetapi anda mesti pernah bermain atau mendengar tentang judul-judul yang dibangunkan oleh mereka seperti Life is Strange, Vampyr, dan Remember Me.

Studio tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan membuka sebuah studio baharu di Montréal, Kanada. Ini merupakan studio antarabangsa pertama mereka. Studio utama Dontnod terletak di Paris dan mempunyai lebih daripad 250 pekerja.

Oskar Guilbert, Ketua Pegawai Eksekutif Dontnod Entertainment, menyatakan bahawa pembukaan studio baharu ini berkait dengan “Matlamat kami dalam membangunkan permainan video yang mencapai jangkaan komuniti kami.”

Pada waktu ini, Dontnod sedang merancang untuk melancarkan dua judul baharu pada tahun ini iaitu Tell Me Why dan Twin Mirror. Mereka juga sedang merancang sebuah baharu yang belum didedahkan.

Sumber: gamesindustry.biz

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+