Doom Eternal akan tiba di Nintendo Switch pada awal bulan Disember

Salah satu permainan first-person shooter (FPS) yang paling diminati tahun ini ialah Doom Eternal, sekuel kepada Doom yang dilancarkan pada tahun 2016. Penerbitnya Bethesda Softworks baru-baru ini mengumumkan bahawa versi Nintendo Swtich akan dilancarkan pada 8 Disember ini.

Versi Nintendo Switch Doom Eternal dibangunkan oleh id Software dengan kerjasama Panic Button, studio sama yang terlibat dengan pembangunan versi Nintendo Switch Doom (2016), Wolfenstein II: The New Colossus, dan Wolfenstein: Youngblood.

Salah satu ciri istimewa versi Nintendo Switch ialah ia akan datang bersama Motion Aiming. Ia merupakan sebuah tetapan yang membenarkan pemain untuk kawal sasaran dengan giroskop dalam alat kawalan Joy-Con.

Pemain Nintendo Switch juga boleh main mod multi-pemain BATTLEMODE di mana seorang pemain bermain sebagai Doom Slayer dan dua orang pemain lain bermain sebagai raksasa.

Doom Eternal kini boleh dibeli untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+