DOOM Eternal terima potongan harga 25% sehingga 12 Mei 2020

DOOM Eternal telah dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, dan Google Stadia pada 20 Mac 2020. Jika anda masih belum mencuba permainan first-person shooter (FPS) yang hebat ini, kini anda boleh dapatkannya pada harga yang murah sedikit.

Bermula dari hari ini, DOOM Eternal menerima potongan harga sebanyak 25% di PC dan PS4. Promosi ini akan berakhir pada 12 Mei 2020. Versi Deluxe Edition untuk kedua-dua platform juga menerima potongan harga yang sama.

Anda boleh dapatkan DOOM Eternal di Steam pada harga RM177.74. Di PlayStation Store pula, anda boleh mendapatkannya untuk PS4 pada harga RM188.25.

Penulis berpendapat jualan ini dibuat sempena pengeluaran trailer kompilasi pujian dan penghargaan yang baru sahaja dikeluarkan semalam oleh Bethesda.

RELATED NEWS

+