DOTA 2: Bekas Pemain Fnatic, Ohaiyo Menggantikan FATA (Team Secret) Untuk Perlawanan Separuh Akhir Kejohanan ESL One Genting 2018

Sebelum tiba separuh akhir ESL One Genting 2018 yang akan bermula tak lama saja lagi, Team Secret mengumumkan pemain offlane, FATA tidak mampu bermain kerana sedang sakit.

FATA atau nama penuhnya Adrian Trinks kemudiannya digantikan dengan bekas pemain offlaner Fnatic, Ohaiyo (Chong Xin Khoo) bagi menempuh perlawanan separuh akhir ini.

Masih menjadi tanda tanya jika Team Secret mampu untuk perform dengan kemasukan Ohaiyo sebagai pemain ganti kerana playstyle mereka sangat berlainan dan Ohaiyo kurang pendedahan dengan gameplay pasukan Eropah. Nantikan perlawanan separuh akhir mereka menentang Newbee di SINI

RELATED NEWS

+