DOTA 2: Figura Funko Pop Akhirnya Diumumkan, Boleh Pra-Tempah Bermula Sekarang

Populariti Dota 2 tak hanya terhad dalam e-sukan tapi juga diperluaskan skopnya dalam penjualan merchandise. Selain figura dan plushy yang comel, korang kini boleh dapatkan figura karakter Dota 2 yang dikeluarkan oleh Funko Pop.

Antara karakter popular dikeluarkan ialah Juggernaut, Pudge, Phantom Assassin dan Spirit Breaker dan kesemua mereka nampak badass gila! Kalau korang yang jenis suka mengumpul koleksi figura ini, ia boleh didapatkan secara pra-tempah yang mana pengedarannya dijangka disahkan pada bulan Ogos. Figura Earthshaker dengan totem juga dijual secara eksklusif di GameStop pada Julai.

 

Valve sebelum ini pernah mengeluarkan figura Funko Pop untuk Portal dan Team Fortress 2 tahun lepas dan boleh ditempah sekarang. Terdapat juga beberapa figura Dota 2 lain yang dikeluarkan oleh Valve sendiri tapi Funko Pop ini kelihatan sangat comel untuk dilepaskan peluang!

Korang boleh mula pra-tempah di SINI.

Sumber: Comicbook

 

RELATED NEWS

+