DOTA 2: Kejohanan Galaxy Battles 2 Kehilangan Status Major – Apa Yang Berlaku?

Bagi komuniti Dota 2, tahun baru 2018 sangat meriah berikutan terdapat beberapa kejohanan berprestij dianjurkan antaranya Malaysia Cyber Games, ESL One Genting 2018 dan juga Galaxy Battles Major 2018 di Filipina yang boleh disaksikan.

Tapi dalam kemeriahan itu, ada pula berita kurang sedap didengar daripada Valve sendiri yang membuat keputusan menarik diri daripada Galaxy Battles 2. Tindakan Valve ialah menarik kembali status Major dan ini membuatkan Galaxy Battles 2 kehilangan status Dota Pro Circuit (DCP) serta merta tanpa qualifier points untuk ke The International 8. Kejohanan ini juga diteruskan tanpa bantuan ataupun pembabitan langsung daripada Valve.

Apa yang berlaku? Menurut laporan daripada The Flying Courier, Valve menarik diri kerana tidak bersetuju dengan syarat yang dikenakan Kerajaan Filipina; kesemua pemain eSports perlu menjalani ujian doping (drug test) kerana atlet eSports kini dianggap sebagai atlet yang sah di Filipina.

Dalam laporan itu juga menyatakan, sebagai pemain eSports, mereka perlu membayar sekurang-kurangnya 800 pesos (sekitar 16-17 USD) dan beberapa caj lain yang akan dikenakan.

Tapi isu utama ialah, kenapa Valve menarik diri last minute sedangkan mereka tahu akan ujian doping itu terlebih awal dan hairannya, sebuah tournament di Filipina dah pun mengikuti peraturan ini tanpa sebarang masalah.  Kenyataan daripada Valve tak memberikan sebarang klu penting ataupun jawapan sebenar kepada isu ini.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang, adakah kejohanan ini akan tetap diteruskan dan adakah sponsorship daripada Valve sebanyak 500k USD untuk kejohanan Major akan ditarik semula?

Memandangkan ESL One Genting 2018 dah dekat, tidak mustahil beberapa pasukan akan drop dari Galaxy Battles 2 dan mengejar qualifier points untuk DCP bagi kejohanan di Malaysia itu.

Kami dari MyGameOn kini sedang menunggu kenyataan rasmi daripada Fallout Gaming yang akan mengulas lanjut mengenai isu sebenar yang terjadi. Nantikan!

RELATED NEWS

+