DOTA 2: Kpii Mungkin Akan Sertai Pasukan Baru Bersama Arteezy Dan EE

Nampaknya demam The International 2018 yang berakhir disambung pula dengan perubahan roster yang mengejutkan. 

Khabar angin baru-baru ini mengatakan yang pemain offlaner Newbee, kpii menyatakan hasrat untuk keluar dari China sekali gus mungkin akan meninggalkan pasukan China itu. Pada masa yang sama, kpii mungkin akan menyertai Arteezy dan EE untuk tubuhkan skuad baru.

Korang boleh meneruskan bacaan di bawah yang mana kesemua rumours ini dikumpulkan.

Di Twitter, kpii menulis kpEEzy iaitu akronim yang mengambil sempena namanya kp, EE dari Fnatic dan zy (Arteezy). 

Bagaimanapun di Twitter Arteezy, beliau masih mengekalkan cover photo EG (rujuk gambar di bawah) jadi bermakna mungkin beliau masih mempertimbangkan untuk keluar dari skuad Eropah itu atau sebaliknya.

Tapi Arteezy pun tak mengumumkan beliau masih bersama EG kerana twit terakhirnya adalah seperti di bawah:

Bagi EE pula, masih menjadi tanda tanya jika beliau akan terus bersama Fnatic. Tapi mengikut khabar angin yang mengatakan Abed juga akan keluar, kemungkinan EE juga akan membawa Pieliedie bersamanya. Mungkin beliau akan mengumumkan team baru tak lama lagi? Sementara itu, cover photonya masih kekal sama dan belum lagi ditukar (rujuk gambar di bawah).

Jika ini betul, maka kita akan ada kpii (offlaner), EE (carry), Arteezy (main mid balik) dan Pieliedie (support). Yang tinggal hanyalah satu lagi roaming support untuk lengkapkan skuad baru ini. Apa pun, pemain profesional Dota 2 mungkin hanya mahu ‘menganjing’ dan saja mengelirukan para penganalisa yang sudah lama menjangkakan pelan mereka untuk ke pasukan yang mana. Nantikan berita baru dari MyGameOn kelak.

RELATED NEWS

+