Dota 2: MidOne berjaya ke DPC musim kedua bersama Team SMG

Pemain Dota 2 kelahiran Malaysia, Yeik Nai Zheng atau MidOne sebelum ini dilaporkan tidak lagi bersama OG. Disebabkan gameplay yang dikatakan tidak sama dengan ahli pasukan lain, MidOne akhirnya menjadi ejen bebas sekali lagi.

Beliau kemudiannya bersama Team SMG dalam fasa percubaan (belum lagi ahli yang rasmi). 

Kini, MidOne, Mushi, Ahfu, Neah666 dan kpii layak ke divisi bawah bagi Dota 2 Pro Circuit peringkat Asia Tenggara selepas menang ke atas pasukan Patriots menerusi kelayakan terbuka #2.

Dalam perlawanan kelayakan terbuka #1 Asia Tenggara, mereka tewas di semi final berdepan pasukan Motivate.Trust Gaming.

Pasukan Malaysia, Todak pula gagal di kelayakan terbuka #2 selepas tewas di peringkat suku akhir.

Perlawanan mereka seterusnya adalah ke atas pasukan GXR pada 15 April ini. Semua info lanjut boleh dilihat di halaman Liquipedia ini.

Setakat artikel ini ditulis, MidOne dan kpii belum lagi menjadi ahli tetap Team SMG.

Foto: GosuGamers

RELATED NEWS

+