DOTA 2: Newbee, Empire & coL Tersingkir Dari Epicenter XL Hari Kelima

EPICENTER XL adalah kejohanan Major dan juga pertandingan yang kelima terakhir bagi skuad Dota 2 merebut mata DCP sebelum melayakkan diri ke The International 2018. Selepas pertarungan sengit di peringkat kumpulan yang terbahagi kepada 2 group iaitu A dan B, nampaknya Newbee terpaksa mengangkat bendera putih terlebih awal jika mereka tidak memenangi perlawanan penentuan hari ini.

Di group A, Complexity mengumpul mata 1-3 sama seperti Newbee dan Team Empire di kedudukan paling tercorot kerana mereka gagal memenangi mana-mana perlawanan. Newbee bakal bertemu OG untuk  perlawanan penentuan tapi jika mereka menang pun, ia tidak mampu menyelamatkan mereka kerana Newbee dah pun kalah 0-2 berdepan Pain dan hanya memenangi 2-1 ke atas NaVi.

Perlawanan Newbee vs OG akan bermula pada jam 6 petang ini (waktu tempatan) diikuti dengan perlawanan antara Liquid vs Mineski. Perlawanan kedua ini juga antara sebab utama peminat tak ingin terlepas menyaksikan Mushi cuba mengetuai skuadnya untuk menang ke atas juara TI7 itu.

Korang boleh saksikan jadual perlawanan di SINI.

RELATED NEWS

+