DOTA 2: OG Dah Tak Relevan? Betul Ke TI Curse Is Real?

The International 2018 sudah pun melabuhkan tirainya tak lama dulu.

OG membawa harapan N0tail yang sudah lama ingin memenangi Aegis pertamanya, apatah lagi selepas kehilangan Fly dan S4 yang berhijrah ke Evil Geniuses (EG).

Tapi sejak memenangi Aegis, mereka berehat seketika dari arena kompetitif dan bercuti. Sekembalinya mereka, secara automatiknya OG layak ke The Bucharest Minor tapi malang tak berbau.

Mereka kehilangan bukan satu tapi dua pemain – pertamanya ialah Anathan ‘ana’ Pham yang digantikan oleh Per Anders Olson ‘Pajkatt’ Lille. Hanya beberapa lama lepas OG umumkan berita itu, Pajkatt digantikan pula dengan Igor ‘iLTW’ Filatov. Semestinya keputusan ini sangat berat untuk kesemua ahli kerana biasanya mereka akan berada di bawah tekanan sebab perlu memenuhi jangkaan peminat dan organisasi.

Dalam pertandingan WePlay! Winter Madness berlangsung baru-baru ini, OG tewas 0-3 kepada Gambit Esports. Walaupun begitu, Bucharest Minor menjadi titik penentuan jika juara TI8 ini masih lagi cemerlang dan relevan dalam industri. Sementara itu, kita nantikan pengumuman jika OG akan menggantikan iLTW untuk Bucharest dengan pemain tetap lain.

Sumber: VPEsports

RELATED NEWS

+