DOTA 2: Pemain ‘Lagenda’, Dendi Tak Lagi Bersama Navi Bagi Musim 2018-2019

Masih ingat waktu The International mula-mula sekali diadakan? Navi menjadi pasukan pertama yang memenangi TI dengan hadiah wang kemenangan USD$1 juta. Sangat manis.. kan?

Tapi itu dulu. Sekarang dah 7 tahun berlalu! Nampaknya Danil ‘Dendi’ Ishutin yang sangat terkenal dan sinonim dengan organisasi e-sukan Navi dah pun beralih haluan. Korang boleh perhatikan twit daripada CEO Navi di bawah:

Natus Vincere mengalami zaman kejatuhan sejak kebelakangan ini apabila gagal menduduki ranking teratas dalam Dota Pro Circuit dan tidak berjaya melepasi pusingan kelayakan ke The International 2018. Walaupun kehilangan Dendi dianggap memilukan tapi kesemua peminat perlu menerimanya dengan hati terbuka dan menyokong idola mereka ini dan berharap yang terbaik bagi hala tujunya selepas ini.

Keputusan untuk Dendi berada di dalam Navi ataupun akan menyertai organisasi lain bagi musim seterusnya adalah masih belum diputuskan.

Akhir kata, terima twit terakhir Dendi kepada Navi ini. Sedih!

Terima kasih Dendi. For good Dota! 

RELATED NEWS

+