DOTA 2: Pemain veteran, rOtK sertai Elephant eSport sebagai jurulatih?

Elephant Entertainment-Dota2 Club semalam mengumumkan dalam weibo rasmi milik mereka yang rOtK akan menjadi ketua jurulatih bagi pasukan mereka, Elephant eSports Club.

Dalam satu kenyataan rasmi yang diterjemahkan oleh VP Esports, menyatakan Bai Fan (rOtK) kembali untuk menyertai Elephant eSports Club dan jadi ketua jurulatih. Beliau sudah membawa banyak kemenangan kepada pasukan ini dulu sebagai pemain dan selepas menjadi jurulatih, pihak Elephant berharap beliau akan mengendalikan pasukan baru ini ke arah lebih banyak kejayaan di peringkat antarabangsa.

Ini adalah lineup penuh bagi pasukan Elephant: 

  1. Chengjun “Eurus” Zhang
  2. Yao “Somnus`M” Lu
  3. Haiyang “Yang” Zhou
  4. Linsen “FY” Xu
  5. Zhihao “Redpanda” Ru

Hang “Hide” Dong akan menjadi Pengurus manakala Zezhi “Xz” Chen akan menjadi pembantu jurulatih. Mereka juga mempunyai penganalisis data iaitu Xiaojiong “Dxh” Wu.

 

Pastinya pasukan ini akan menjadi lebih kuat dengan kepimpinan ditunjukkan rOtK kelak.

Sumber rujukan: VP Esports

RELATED NEWS

+