DOTA 2: Pengurus Fnatic Menyangkal Dakwaan Bahawa InYourDream Akan Kembali Menyertai Skuad Itu

Baru saja semalam Muhammad ‘Inyourdream’ Rizky Anugrah, bekas pemain Fnatic mengumumkan pengundurannya daripada skuad Indonesia, Boom ID seminggu selepas berakhirnya kejohanan APAC Predator League 2018 yang menyaksikan pasukan itu tewas di tangan Geek Fam pada final.

RIZKY. Sumber: gamebrott.com

Tindakan Rizky mencetuskan persoalan kerana komuniti sedia maklum roster lock bakal berkuat kuasa seminggu daripada sekarang dan MyGameOn sebelum ini melaporkan anak jati Indonesia itu pernah dilamar untuk bermain bagi beberapa pasukan antarabangsa, di luar Indonesia.

Tapi nampaknya drama tak terhenti di situ apabila spekulasi dicetuskan netizen di Indonesia dan juga Malaysia mengenai hala tuju Rizky. Sangkaan paling dekat ialah mengatakan dia akan menyertai Fnatic kembali. Komen mengenainya boleh dijumpai di Facebook post di bawah dan juga Instagram @kikycassa7.

Umum diketahui IYD membuat keputusan untuk keluar daripada pasukan itu sejurus tamat ESL One Genting 2017 dengan alasan perlu sambung belajar di tanah air sendiri.

Kali ini penulis mendapatkan Pengurus Fnatic, Khor Wei Soon untuk bertanyakan pendapatnya dalam hal ini. Ketika dihubungi di Facebook, Khor berkata, Fnatic pernah mempertimbangkan untuk merekrut Rizky kembali.

“Selepas berakhir TI 7, skuad Fnatic tidak mempamerkan prestasi seperti yang diharapkan dan kami buat keputusan untuk membuat perubahan dalam roster. Kami berjaya mendapatkan dua calon daripada Asia Tenggara (IYD adalah salah seorang daripadanya) pada masa itu dan Jacky (EE) ada bercakap dengan mereka.

“Bagaimanapun, selepas mempertimbangkan beberapa perkara, kami memberi peluang kepada Steve (Xcalibur) dan tidak meneruskan pelan itu (mempertimbangkan IYD sebagai pengganti). Pada November pula, kami sebulat suara untuk merekrut Abed dan tidak mempertimbangkan kedua-dua calon (IYD dan seorang lagi pemain SEA) dalam penilaian kedua,”

Nampaknya spekulasi itu timbul hanya selepas The International 7 berakhir dan Fnatic tidak mungkin dapat melepaskan pemain midlaner mereka, Abed atau mana-mana pemain buat masa ini kerana fasa 1 roster lock dah pun tamat.

Sementara itu, Pengurus Boom ID, Brando Oloan mengatakan IYD dan ahli skuad itu mempunyai playstyle yang berlainan.

“Kami membuat keputusan sukar ini mengikut persetujuan bersama dan tiada masalah timbul antara kami.

“Saya pun tak diberitahu jika dia sudah diberi tawaran oleh pasukan lain setakat ini tapi saya mendoakan yang terbaik untuk perjalanan kariernya di masa depan,”

RELATED NEWS

+