DOTA 2: S4 Kini Kembali Ke Alliance

Ramai yang menyangkakan ia adalah April Fool tapi rupanya tidak. Pemain profesional Dota 2, Gustav “s4” Magnusson akhirnya kembali bersama Alliance selepas empat tahun bermain untuk OG dan Evil Geniuses.

Individu pertama yang mengumumkan perkara ini adalah Pengasas Bersama Alliance, Henrik “AdmiralBulldog” Ahnberg.

“Saya ingin mengucapkan selamat kembali kepada S4 dan bukan saya seorang yang rindu dia dalam arena Dota beberapa bulan kebelakangan ini. Kami di Alliance ada banyak memori dan kenangan manis bersama S4. Saya yakin dia boleh kembali membawa kegemilangan untuk Alliance dan saya sangat teruja untuk kata S4 dah pun kembali!,”

S4 pernah menjulang Aegis of Champion dan perlawanannya dianggap salah satu TI Grand Final paling epik pada 2013. Kali terakhir dia menyarungkan jersi Alliance adalah pada 2016 dan kemudian menyertai OG. Ketika TI8, s4 sekali lagi berubah arah, ke Evil Geniuses dan boleh dianggap satu perubahan roster yang mengubah sejarah kerana Fly, kawan baik N0tail turut ke organisasi EG.

Mengikut laporan VP Esports, dia akan menggantikan Neta “33” Shapira sebagai posisi offlane. Sementara itu, Fata mengumumkan rehat seketika dan 33 akan menjadi pemain ganti untuk OG di ESL One Los Angeles Online. Jangan lupa saksikan perlawanan peringkat kumpulan pada 4 April 2020 dan berkemungkinan ada perlawanan antara OG dan Alliance!

Baca pengumuman penuh di sini https://thealliance.gg/news/1007/a-legend-returns

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+