DOTA 2: Team Secret merupakan pasukan pertama yang layak ke Singapore Major

Dalam berita yang tidak mengejutkan sesiapa pun, Team Secret adalah pasukan pertama yang akan bermain untuk Major pertama DPC musim 2021. Mereka melakukannya dengan penuh bergaya, dengan rekod hanya 2 kekalahan di dalam 14 perlawanan yang mereka hadapi.

Pasukan Team Secret mendominasi musim pertandingan di dalam talian menjelang DPC 2021 Musim 1 dengan menjuarai lapan acara kejohanan berturut-turut secara konsisten. Mereka diberi penghargaan dengan diundang untuk bermain di dalam divisyen atas musim pertama.

Prestasi dan tahap konsisten mereka yang mengagumkan pada musim ini membuahkan hasil dengan 500 mata DPC dan wang tunai sebanyak $30,000 (RM121,305) dan kemasukan secara langsung ke playoff Singapore Major.

Mereka masih harus bermain satu lagi perlawanan pada minggu ini untuk menentang OG tetapi apa jua keputusan perlawanan tidak akan menjejaskan kedudukan mereka di tempat pertama.

Sementara itu, pertarungan yang sengit untuk merebut tempat Major kedua dan dua slot siri Wild Card masih berjalan dan apa-apa kemungkinan boleh terjadi di dalam menentukan siapa yang layak.

RELATED NEWS

+